Monday, October 1, 2012

Dunia bekerjaya (suka vs duka )

Salam..wah!!!..lama sangat rasanya saya x menjeguk ke blog sendiri..Time limitation disebabkan kesibukan menguruskan banyak perkara..Dari bulan november tahun lepas hingga ke bulan April tahun nie saya telah mendapat peluang menjalani latihan industri universiti di one of the best company yang hasilkan tanaman kelapa sawit di Malaysia,, Sime Darby..Thanks pada lecturer sebab suggestkan tempat nie. Banyak sangat perkara yang saya belajar di sana..Dari keje2x mengutip daun2x kelapa sawit kat ladang hingga ke kerja-kerja makmal. Pengalaman yang sangat best & dapat kenal dengan kawan2x baru. Paling penting dapat naik Bukit Jugra & jalan2x kat morib selalu..hehe..Thanks to my friends Sarah Azman, Fatin & illyana..Takkan pernah lupa moment yang kita share sama2 tu..

bersama team lab & researcher mencuci sampel daun before balik & buat DNA extraction
Muka peladang berjaya nanti ni ...hehe


Nampak tak JUGRA tu,,,besar kemain!! hee..
6 bulan lepas was a very great experiences bagi saya...hehe..takkan pernah lupa even saya bukan pencinta bidang molecular ni sebenarnya. Soon habis je praktikal pensyarah saya telah mengoffer kerja untuk projek kultur tisu dia. Alhamdulilah !! Atas sebab-sebab yang tak dapat dielak, bulan September nie baru saya dapat mulakan kerja as pembantu penyelidik. Excited dia jangan cakap..rasa macam dalam mimpi dapat duduk dalam lab tc balik!!

Mula-mula masuk keje dah de banyak sangat keje.haha. Sebenarnya saya dah terbiasa dengan2x rutin2x keje kat lab tissue culture since masa buat projek tahun akhir lagi. So x banyak masalah sgt pn. Makmal kultur tisu tumbuhan nie memang sensitif sket..Nak buat keje lab nie pn memang kena banyak sabar. Tapi bila culture kita buat dah berhasil,,that's the memorable moments. Trust me!! 

Tengok baby pokok nenas nie..safe & sounds..


Dua hari lagi genap sebulan berkerja..Even baru je kerja tapi terasa cam dah masuk kerja berbulan2x,,bulan ni memang bulan paling sibuk disebabkan ada pelancaran makmal kultur tisu nie..Alhamdulilah event tu dah lepas pun & best sangat. Bila kita buat kerja kita bersungguh-sungguh dan sehabis baik,,yes!! kita akan rasa happy even rasa penat..x gitu??hehe...

Nah!!!conclusionnnya dunia bekerjaya,mmg banyak dugaanya,kena banyak sabar awak..apa pun niat kita datang keje satu,,bila bekerja kerjalah sungguh-sungguh. Hormati setiap rakan kerja saya sebab each person de kelebihan diri masing2x,,(bukan ayat nk propa!!tp kenyataan sbb kita pun de kelemahan) Nak minta org hormati kita itu mungkin perkara mustahil kdg2x..jadi sabar jela....



Ps: Inilah perasaan sebenar kita kadang-kadang. Tak minta semua orang fahami pn tapi hormati!!!

I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel ~ (Quotes by Maya Angelou)

No comments:

Post a Comment