Friday, March 18, 2011

teater natrah,,,awesome~

tarikh tengok: 27hb nov 2010
tempat: istana budaya


Sebenarnya since tahun lepas saya dan sahabat baik saya masa skola rendah kat puchong dulu bercita2x nak tengok teater natrah nie sama-sama..last2x tahun nie baru dapat pergi disebabkan kesibukan saya yang bz kalah pm nie,,(pm???..haha) pape pun teater natrah memang best,,even banyak cerita tak sedap di dengar di sebalik skrip teater nie tapi x kisah la korang. Janji jalan cerita teater tak la menyimpang dari sejarah asal sgt..so layan je!!!! yg lg best sebab dapat tengok teater nie dengan kwn baik saya si alia bersama kakak dan abg ipar dia nie,,yela disebabkan xde transport so offer la diorang pergi skali..tapi memg best kakak dan abang ipar alia nie..cool sangat2x..haha..Yang paling best masa sesi autograf dan bergambar sebab mlm 2 ada Aaron aziz ,maya karin and remy ishak..hero dgn heroin malaya 2!!!!!..haha..tiba-tiba rasa mcm excited la sekejap..thanks kt alia sbb dia brani sgt ajak saya p jumpa diorang amik gmbar secara agak private la gak kan. harap aku yang malu-malu nie memang xde la jwbnye..

here sedikit sinopsis teater natrah nie dan gambar-gambar2x masa tengok teater nie..

AA aka. Aaron aziz tengah tandatangan poster saya!!



Maya Karin & me..lucky dia tiba-tiba peluk bila cakap nak bergambar



Hensem tak fizz fairuz nieh??haha..



Teater Natrah awesome...5 stars saya bagi.


Me, Alia my best friends, then Hero malaya spe lagi abg Remy Ishak ni, kakak & abang ipar Alia







Sinopisis:


Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.



Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya..

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.

2 comments: