Assalam....to my dear friends..hai kengkawan!
Saya mulakan tajuk entri kali nie dengan erti wang yang
berjumlah Rm30 dalam hidup saya. Pelik kan??Ada apa dengan duit sebanyak Rm30.
Nilainya mungkin x seberapa pada sesetengah individu tp bermakna dalam hidup
saya. Lets the story begin with..pada tanggal 13 Oktober 2012 yang lepas secara rasminya saya
telah pun berjaya menamatkan degree saya di Universiti Selangor. Alhamdulilah nearly 3 tahun setengah juga berhempas pulas belajar,,finally the degree of Bachelor in
Biotechnology Industry was mine. The best words is terima kasih Allah..Saya tak pernah merancang untuk masuk ke bidang sains sebenarnya..real facts ialah I'm hating lab work & living like a scientist..haha..
 |
| Brand new day in my life,,great moments after 3 1/2 years |
Dulu2x saya selalu pesan pada diri, saya tidak
akan masuk kemana-mana ipts sebab pada pendapat saya ipts adalah tempat untuk mereka yang tidak berapa pandai
belajar..Tidak pernah telintas
di fikiran langsung untuk ke ipts. That my first impression about ipts .Mungkin pada
waktu itu saya terlalu memandang ke
langit hingga terlupa memandang rumput di bumi. Isk2x sombongnya la kan??hahaha..bukan sombong ok!! tetapi bila dah selalu duduk di comfort zone & jadi budak pandai kita lupa memikirkan risiko jika suatu masa allah bagi kita dugaan dan kegagalan. Inilah
hakikat hidup.. Kita merancang yang terbaik tetapi perancangan Allah lebih baik..
Tanpa saya sangka, berlaku suatu krisis besar dalam hidup saya. Final exam matrikulasi pulak dapat pointer tak berapa nak best (personal reasons!!). Akhirnya saya tak punya pilihan yang banyak.
Ditawarkan kos oleh ipta dalam kos yang tak dijangka telah membuat saya membuat
satu pilihan terdesak pada masa itu. Just masuk dalam kos yang kita tak pernah suka, apply ipts or let go everything yang saya pernah
impikan.. Apakah pilihan yang saya ada ketika itu???iya!! terlalu sukar rasanya. Pada ketika ini juga, ibu sakit for few months. Kat siapa nak mintak tolong pn..x boleh nak berfikir.
Pada saat ini Allah datangkan pertolongan dari sahabat seorang sahabat yang
baru je saya kenali seminggu sebelum final exam di matrikulasi..Pelik kan?? Punyalah
ramai kawan yang dikenali bertahun-tahun tapi sahabat yang saya kenal cuma
hanya seminggu nilah yang banyak membantu saya. Perancangan Allah itu
kadang-kadang tersangat indah..Dengan duit pos rm30, sahabat saya ini telah menguruskan semua prosedur kemasukan saya ke UNISEL. Dia lah “Syada or syahdatul naim”. Sungguh pn dia duduk nun jauh kat JB, dia satu- satunya sahabat yang membantu saya pada masa
itu. Terjawab sudah tajuk entri ni kan?? Bermulalah jalan hidup saya. Pada
ketika itu, Allah mungkin menguji keluarga dan diri saya. Tak ramai kawan-kawan yang tahu dan fahami. tak kurang yang terus sepi. hikmahnya saya belajar erti bersahabat . Siapa sahabat kita yang ada waktu sukar dan senang. Sampai ke hari ini,, syada ni tak nak langsung ambik duit dia balik. I owe her so much!!
Teringat
juga kata-kata seorang lecturer dengan muka x confident sewaktu mendaftar masuk
ke UNISEL “Dengan pointer yang awak nie,,
bole ke awak survive masuk dlm bidang ini?? ”Saya hanya tersenyum...tapi dalam hati sumpah..Arghh!!!memang scarry. Don’t
judge mereka di ipts orang2x x pandai..Salah fakta ok!!!
Alhamdulilah selama berada di UNISEL, urusan selalu dimudahkan. Kenal kawan-kawan baru, suasana belajar yang baru & only one words to describe "syukur!!" Setiap hari, keep reminds dalam diri agar sentiasa memandang rumput di bumi. Kadang-kadang memandang
mereka yang di bawah mengajar kita untuk mengenal siapa diri kita. Tak gitu???hehe..;)
Buat sahabat bernama Mazni
and Syada, persahabatan kita mungkin singkat tetapi atas kepayahan yang
telah kita lalui sama-sama zaman matrikulasi buat saya x pernah lupakan korang.
Nasihat & bantuan korang berdua dulu akan saya ingat sampai bila-bila pun. Buat Nur Fatihah, Nur Ain Lokman, Alia Harun, Zurit Syafiqa , Ros lina, kak izzah, kakak fida & husband. kalian adalah sahabat
yang paling banyak memberi semangat, x pernah jemu membantu saya and pendengar
masalah paling setia. Semoga persahabatan kita semua
kekal sampai di sana..i.allah.. Degree ini & kejayaan saya harini adalah
hadiah buat family, sahabat yang dikasihi & tak lupa insan paling penting lecturer saya Prof Madya Dr. Aziah
Yusuff yang banyak mengkritik, beri
nasihat dan semangat pada saya. end of speech..haha..
Terima kasih yang tersangat buat sahabat2x yg saya sayangi
& tak mampu saya balas serta senaraikan nama kat sini,,Allah pasti membalas
jasa-jasa kalian... Amin. Saya akhiri tinta
penulisan di sini..Jumpa di next entry ..XOXO#